Dē MOCCIS Boutique Hotel menawarkan 39 bilik dengan lapan pilihan jenis bilik. Setiap bilik direka moden dengan ruangan yang selesa dan luas serta dilengkapi dengan penghawa dingin. Sentiasa berhubung dengan rakan dan keluarga melalui Wi-Fi berkelajuan tinggi. Televisyen Android yang berteknologi dengan pelbagai saluran hiburan boleh ditonton sambil berbaring selesa di atas katil yang luas dan tilam yang lembut. Pengemasan harian menjadikan bilik sentiasa bersih sekaligus penginapan anda lebih selesa. Lebih daripada 30 pilihan pada menu kafe, pesan sahaja makanan yang memenuhi selera rasa dan servis bilik memberikan perkhidmatan eksklusif terus kepada anda. Segarkan badan dan manjakan diri dengan pancuran mandian yang dilengkapi sistem pemanas air berteknologi tinggi dalam kamar mandi yang selesa dan luas.
Bilik Single
Bilik tidur yang selesa dengan katil bujang dan kamar mandi peribadi, bersama untuk kembara solo.
Bilik Deluxe Double
Bilik tidur dengan katil bersaiz king dan kamar mandi peribadi yang luas
Bilik Deluxe Twin
Bilik tidur dengan dua katil bujang dan kamar mandi peribadi yang luas.
Bilik Keperluan Khas
Bilik khas bagi yang berkeperluan khas (orang kurang upaya), lengkap dengan katil bersaiz raja atau dua katil bujang dan kamar mandi peribadi melengkapkan kemudahan asas.
Bilik Suite Junior
Bilik tidur yang selesa dengan katil bersaiz king, kamar mandi peribadi dan ruang yang luas.
Bilik Keluarga
Bilik tidur idaman dengan katil bersaiz king dan katil bujang serta kamar mandi peribadi, sesuai untuk yang berkeluarga.
Bilik Eksekutif Suite
Bilik tidur yang luas dengan katil saiz king yang selesa, mempunyai ruang tamu sendiri dan bilik mandi peribadi.
Bilik Suite Bulan Madu
Bilik khas buat pengiring baru dengan katil bersaiz raja yang selesa dan kamar mandi peribadi.yang luas.