Dē MOCCIS Hotel Butik
Dē MOCCIS Boutique Hotel, sebuah hotel butik baharu di Kuala Lumpur berada di tengah pusat komersial dan perniagaan Kuala Lumpur, berhampiran dengan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) dan pusat beli-belah Sunway Putra Mall. Kemudahan akses untuk ke mana sahaja dengan menggunakan pengangkutan awam atau berjalan kaki, pengunjung boleh menerokai panorama dan kesibukan bandaraya Kuala Lumpur.
Hotel menyediakn anda pengalaman baharu yang sangat berpatutan, memberikan nilai terbaik dan penuh keselesaaan. Reka bentuk dalaman hotel dan bilik yang moden serta kemudahan kafe yang menyajikan hidangan terbaik tempatan hingga sentuhan Barat, disediakan panas daripada dapur terus ke bilik anda.
Jaminan keselamatan harian dan receptionist yang beroperasi 24 jam bersedia dalam memberikan bantuan. Ledang Sky Lounge yang memberikan pemandangan indah Kuala Lumpur dan juga KLCC boleh dilihat abadikan momen terbaik untuk diingati. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan yang moden dan baharu, mempunyai bilik mandi peribadi yang dilengkapi dengan pemanas air berteknologi tinggi.
Hotel bertaraf 3 bintang ini memberikan anda kemudahan dan pengalaman hotel setaraf 5 bintang. Inap dan nikmati penginapan yang selesa bersama kami.
Kafe Dē MOCCIS menyediakan menu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, malahan juga untuk makan malam. Khusus untuk memenuhi permintaan anda bagi acara khas, keraian ataupun pertemuan dan perbincangan. Kafe memberikan menu yang terbaik dalam dalam menyajikan makanan yang enak lagi lazat. Pilihan terbaik untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.
Makan malam BBQ pada hujung minggu dan luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.